November 22nd, 2007 by pwijm
Aku x tau nak tulis apa, mungkin sebab aku ni malas nak tulis kot..karang aku tulis, byk la yg aky mengarut so aku cadang nak letak pic je sebagai pengganti tulisan aku, pic mampu menggambarkan apa yg ingin disampaikan….
Aku persembahkan :-

hehehe..kami 5 beranak…

kedua ibu bapa ku
aku…alone….

adik aku, aidid…
adik aku, khaldoon bersama awek dia,fana…

aidid bersama awek dia, sherry….

mak aku tersenyum…

mak ayah aku, mak aku 47 thn n ayah aku 74 thn…amacam, satu combination yg tepat…..
++++actually, gambar byk lagi tp ni hanya separuh gambar dr hp aku….
Posted in family | 1 Comment »
September 22nd, 2007 by pwijm
Huuuhhhh..byk bende yg aku nak tulis dan luahkan tp apa kan daya..aku trasa malas sgt kblakangan ni sehingga blog ni dan blog aku lagi satu tersadai di dunia internetnya sendiri….
Klu ikut,aku ada byk gambar yg nak dishare ngan korg..tp korng tau2 je la kan, wan rambut menguasai atau HIJACK gambar aku n zaim masa gi penang…dia balun gambar dia sorg je…
Hahahhahaha…buat masa ni aku byk habiskan masa aku yg free skit2 dgn zaim,aiman,pah n wan rambut tp klu ada masa terlebih skit, aku lepak2 n jalan2 dgn erti kata lain, DATING la…aku ni pun manusia remaja so Dating mesti la ada…hahahaha…
Aku terasa nak makan long john la…klu korg nak join, jom buka pose kat long john mid valley lepas 28/9 ni k…skrg ni aku tgh sibuk keje..hehehehhe….sayonara..
Posted in Keluhan | No Comments »
December 19th, 2006 by pwijm

kadun tgh tunjuk hp baru dia kat awek dia(fana)
Semlm pd 18/12/06 pukul 9-11mlm, family aku n awek aku,adik2 aku sambut besday kadun kat Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa…hahahha..
Kadun da makin tua….20 tahun…
Kitaorg makan buffet steambot,nasib baik hari tu(semalam) aku off, tak kerja. Jadi leh la buat besday kadun sbb ayah aku suruh kitaorg bawa awek masing2…hahahahah…ayah aku ni mmg open minded kan…hahahha, yg penting serius, jgn main kayu tiga, itu nasihat ayah aku kat kitaorg….
family aku n awek masing2….
Masa ni yg paling kuat mkn ialah aidid, siap makan 3 ekor ikan masak kukus…dia tu mmg kuat makan, nak buat mcmmana, klu bawa dia gi buffet, untuk sbb aidid ni kuat makan…hahahahaha
Punya la alam kat situ, siap awek masing2 tangkap gamabar utk diabadikan..
baju purple,Cherry (awek aidid)…baju merah fana (awek kadun), tudung hitam, awek aku la…

mak ayah aku tgh tunggu kitaorg mkn coz mak ayah aku da tak larat nak makan…hehehhe

punya la byk post utk pic syok sendiri…hahahahahah
Posted in family | 4 Comments »
November 21st, 2006 by pwijm

aku, alim n along kat umah alim, Shah Alam
Hari ahad 12/11, merupakan kenagan manis aku n along(al-hafiz) beraya di Klang…Masa gi sana aku amik along kat KL Sentral, dia baru sampai dr senawang umah sedara dia….
Sampai Klang, aku n along lepak dengan Zaid@cacing, Alim@pendek, Epul@gigi…masa tengahhari tak jadi gi umah epul sbb umah dia takde org, jd epul blanja makan kat kedai, masa kat kedai yg berdekatan tpt driving school zaid, hujan amat lebat..jadi kitaorg lepak kat kedai sampai kedai nak tutup…hehehhe

aku, along n epul
Bila on de way ke Klang, kete zaid rosak kat dpn UITM, Shah Alam, nasib baik kete alim ada…selepas 2 jam dari kul 5-7 petang, akhirnya kete zaid terpaksa tinggal kat situ sementara…tp aku n along hepi, mungkin ada hikmahnya…heheheheh..
Sampai klang, klang banjir lak nasib baik kita org naik moto, aku n along dan epul….Sampai umah Hassan panjang, akhirnya kat situ ada hafis dan dayat yg memang da lama kat situ…hhehehe..memang seronok dpt jumpa kawan2 lama..
Pasal problem yg berlaku, aku tak kisah, aku seronok dan amat gembira…Malam tu along tido umah aku tp b4 balik, aku n along lepak kat NZ@wangsa MAju ngan zaim…
( SEbenarnya, aku sangat dan terlampau gembira sbb dpt jumpa n lepak2 ngan Sahabat2 aku…bagi aku Sahabat amat penting dlm persahabatan, dan aku harap persahabatn ini kekal sampai kiamat…AMIN)
epul, afiz, dayat, hasan,aku n along kat umah hasan….
Posted in Friendship | 3 Comments »
November 21st, 2006 by pwijm

Hari pertama b4 pakai jaket…
Sudah 2 minggu aku jadi wartawan kat NSTP@Berita Harian…selama aku jadi wartawan ni, aku banyak belajar dan aku berasa sgt gembira sbb impian aku untuk jadi wartawan berjaya…Walaupun begitu aku masih seorg pelajar kepada senior2 ku…
Sibuk tu mmg la sibuk masuk kerja tak tentu dan balik kerja pun tak tentu, tp ia sesuai dgn jiwa aku…
Perasaan seronok tu mmg ada…dapat kesana kesini kesitu kemana2 lah…hehhheee….Buat masa sekarang aku diletakkan di Crime Dept…di situ aku akan lebih banyak belajar namun aku juga kadang2 kena amik story utk sentral dan nasional…hehehe…tp tak sangka, kakak blakang aku bahagian sentral merupakan senior aku kat MIIM@Akademik TV3…heheheh…
Apa yang aku harap impian aku ini sampai satu hala tuju yg aku
ingini….
Hari pertama nak gi kerja…smart tak? mcm CEO kan…
Posted in Keluhan | 2 Comments »
October 27th, 2006 by pwijm

Aku dan mak,hehehe
Aku terpanggil utk menulis blog nih..bukan pasal apa, semakin hari aku semakin sakit hati dengan ragam Mahathir yg byk mengkritik kerajaan Pak Lah, Mahathir ni umpama berak tepi jalan tapi tuduh org lain yang berak..Bagi aku, kepimpinan Pak Lah umpama kanak-kanak baru berjalan jd sebagai org dewasa kita biarkan kanak-kanak tu berjalan teguh dgn sendirinya, Pak Lah baru je memerintah lebih kurang 3 tahun jika hendak dibandingkan Mahathir dah 22 tahun dengan cara kuku besi dan penuh kehinaan dan gila pangkat macam Lee Kuan Yew ( perangai sama je).
Jika dilihat ketika zaman Mahathir ketika itu Pak Lah Menteri Luar Negeri, beliau pernah dipecat oleh Mahathir dan ketika zaman Mahathir, dia pernah menyeksa dan "memusnahkan" hidup mereka yg menentang Mahathir sebagai contoh, Mahathir mengarah pihak Kementerian Dalam Negeri tangkap ustaz aku, Ustaz Nik Adli sedangkan ketika di Afghanistan, Ustaz Nik Adli(anak MB Kelantan) menolong dan berjihad menentang tentera komunis Russia atas sokongan Amerika…Mahathir ni umpama badut yg disuruh.
Lepas tu pada zaman dia, senang2 je dia kutuk dan hina Rasullullah dan membuat andaian secara liberal dan kafir malah dia juga menyuruh ulama, menukar atau update Al-Quran mengikut zaman moden sedangkan Allah berfirman bahawa Al-Quran sampai kiamat adalah relevan utk diikuti dan sesungguhnya sebagai org Islam, wajib ikut…
Yang Peliknya, waktu zaman dia, bila org tegur skit je, terus melenting, marah, melatah…Mahathir ni cakap tak serupa bikin.
Apa yg Mahathir cakap pasal Pak LAh umpama mengkritik diri sendiri kerana apa yg Mahathir kritik Pak Lah dan cakap benda yg bukan2, semuanya dilakukan oleh Mahathir sendiri..Negara polis la, Media disekat la, projek keluarga la mcm2 lagi, tu semua dilakukan oleh zaman Mahathir atas arahan Mahathir.
Bagi aku ikhlas dari hati, Mahathir sepatutnya masuk ISA, biar diar rasa mcmana dia buat pada org lain, biar dia tahu..Bagi kita rakyat Malaysia, siapa sahaja Ketua Negara, wajib kita sokong jika beliau membawa kebaikan….
++Bagi aku, Mahathir umpama suara sumbang dalam majlis keramaian yg inginkan perhatian…hahahha

Posted in Uncategorized | 1 Comment »
October 23rd, 2006 by pwijm

Kul 6 aku da
bangun, lepas sembahyang subuh, berkemas n gosok baju…Yang paling
best boleh kata, setiap tahun aku akan ada baju raya baru tp yg paling
best tahun ni, baju raya biru aku ni, awek aku, hyni yang
jahitkan…hasil tgn dia..hahhaha…Tu yg semangat nak pakai baju raya
ni…
Tahun ni raya
kat sni je coz mak ayah aku taknak balik kampung…mayb esok atau lusa
baru aku gi jln2 umah kawan2 aku kat melawati kot…Tahun ni mak aku
masak Rendang daging tok, Sambal Goreng Singapore(resepi nenek aku),
Rendang Ayam dan Ketupat..tahun ni nasi briyani, xde dlm list.
Ish..ish…13/11
da makin dekat nih…takut n gembira pun ada, aku da nak mula
menjelajah DUNIA sebenar…Semoga aku berjaya la….
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
October 2nd, 2006 by pwijm
Tengahhari td ayah aku call, dia ckp mak aku tgh sakit masa kat UKM, actually mak aku da lama sakit pd mulanya buatan org sampai la skang nih…da dirawat tp tetap datang juga sakit tu…sehinggalah ptg td mak aku kol ayah aku dalam nada yg terlampau perlahan dan menahan sakit dan ayah suruh aku dtg amik mak aku kat klinik UKM, bangi….
Lepas aku hantar eddy balik umah, aku terus gi UKM ngan ayah aku, adik aku, aidid yg amik kitaorg dan masalahnya highway jam……..
( opsss,mak aku minta tolong bli bubur mc’d n filet coz tak mkn dr td ( 12.30am) dan aku sampai umah kul 1.30am coz hujan lebat gilaa..sedangkan jarak umah aku ke mc’d projet hulu klang, 15 minit je..))))
sambung balik..
bila sampai pun da dekat nak buka, jd kitaorg gi buka dekat petronas b.b.bangi, bila da nak gi jumpa mak aku je kat klinik ukm kat ukm bangi coz siang td mak aku ada klas…aku, adik n ayah nampak ambulan pasang siren dari dlm UKM n kitaorg trasa lain..bila pergi je kat klinik ukm, doktor ckp ambulan da amik mak aku n hantar ke HUKM,cheras…aarrgghh…bergegas kejar…sampai je kat sana bhgn kecemasan, mak aku ada tp tgh baring atas katil bergerak dalam keadaan pucat…doktor buat medical checkup n amik darah dan masukkan air 2 botol…result mak aku kar lps 2 jam…jd kitaorg tunggu kat luar la n mak aku dlm wad kecemasan tido…tepat 11.15 doktor ckp mlalui result mak aku, mak aku normal…aarrrggghhhh, ni yg buat aku makin marah…kesian mak aku, kenapa ada org nak kenakan mak aku….
Jadi ktaorg bawa balik mak coz mak aku da boleh balik…kitaorg papah mak ke dlm kereta, mak aku tak bermaya langsung….sampai umah, mak aku baring n tido dan tadi mak aku da slesai makan bubur mc’d…dan mak aku ucapkan trima kasih kat aku, sebak hati aku, skang ni rasa mcm nak nangis je….dan masa aku t’sangkut kat dlm mc’d, awek aku call ajak borak tp aku xde mood, aku harap dia faham dgn prasaan aku ni yg risaukan mak aku…syg, maafkan abg yee…
Skrg ni mak aku da tido n harap mak aku sihat la…Insyaallah…
++ Aku akan bunuh org yang aniaya mak aku, aku tak takut dgn hukuman dunia asalkan mak dan family aku selamat.Family aku tak pernah aniaya org tp nape org lain nak kacau family aku…
Posted in family | 3 Comments »
September 29th, 2006 by pwijm

Bersyukur kepada-Nya, aku dapat siapkan dokumentari final projek dalam masa yang ditetapkan walaupun aku buat sorang….Boleh kata apa yang bergelora dalam hati ini dapat ditenangkan dengan hasil yang siap dan dihantar semalam tp VIVA minggu depan 5/10 Khamis, kena prepare ni….Hah, aku mengucapkan terima kasih kepada kawan2 aku yg sudi membantu.Luv u guyz…
Ni pun da lama aku tak buka frenster apatah lagi blog…terlampau sibuk sampaikan kerja yg sepatutnya aku lakukan setiap pagi iaitu baca paper dlm internet, tak dapat aku buat..Walaupun aku da lama tak baca tp ada la curi2 tgk paper, yg paling aku sakit hati dengan si KAAA YUUU ( mentor menteri S*******), dia pikir apa, ingat malaysia takut ke, disbbkan kat sana ada orang melayu,byk keistimewaan diaorg dapat…HHHAAAAIIIII !!!!!mengeluh aku, dia pikir negara dia bagus sgt ke…da la ko mengeksploitasi sistem sosial dan pendidikan sehingga membuat rakyat ko berfikiran kolot lepas tu mcm robot, itu la sebabkan nape ko leh ‘bertakhta’ lama kat situ….
Ko tunggu, bila aku sudah menjadi seorang journalis yang disegani, akan banyak artikel yang akan singgah ke kepala otak ko termasuk ahli kabinet ko…….
Tujuan aku menjadi seorg jornalis ialah mencapai cita2 asal ku dan aku akan menentang semua pemikiran serta org yang berfikiran jumud, ortodok sehingga kdg kala membuat org lain memandang Islam sebagai agama yang sempit, ini adalah realiti…TUNGGU LA KORANG……Semoga Allah memberkati semua yang aku buat dlm memperbetulkan mereka ini……
Cakap pasal jornalis ni, bulan 11 bersamaan 13 haribulan hari Isnin, aku akan start praktikal di NSTP bahagian Berita Harian….Macammana keadaan di situ, semoga aku dapat menghadapinya dengan tenang.Risau dibuatnya tapi gembira dan seronok…..Startnye keje kat situ, bermulalah dunia penulisan yang membabitkan satu dunia…..
Ya Allah, Sesungguhnya Kau lah maha Kaya dan Bijak.
Posted in Keluhan | No Comments »
September 2nd, 2006 by pwijm
Hari ni la yg paling penat, risau dan bersyukur kepada-Nya…pagi tadi bawa mak aku berubat kat Sri Branang, Keramat….Mak, aku kena sihir, ni pun da brapa kali berubat dan kali ni Alhamdullillah sebab ustaz tu berjaya buang "jin perempuan tua" yg da duduk dlm tubuh mak aku selama 9 bulan…Masa tgh rawat, ustaz berjaya tangkap ‘benda’ tu dan dia meracau2 dlm versi mak aku, masa tu dia cakap merepek sambil ketawa dan menangis…Aku kesian tgk mak aku sbb ‘benda’ tu da kawal mak aku…masa nak suruh kuar, ‘benda’ tu degil dan main2kan ustaz tu….tapi proses rawatan tu selama i jam lebih dgn pertolongan aku adik bradik dan ayah aku, ustaz tu dapat selesaikan dgn senang, ustaz tu cakap, sihir tu diarah kepada mak dan ayah aku sbb ada org nak buat mak ayah aku cerai berai, so far sihir tu kena mak aku je pasal ustaz tu cakap ayah aku da ada pendinding…Akhirnya ‘benda’ tu pergi dan mak aku sedar kembali tp ustaz tu cakap, dia suruh mak aku dtg balik Isnin coz takut sihir tu dtg kembali seperti yang dulu….Kesian mak aku…
Selepas selesai tu, ustaz tu suruh mak aku mengucap 5 kali dan beri nasihat serta kuatkan semangat dekat mak aku bahawa, JGN takut dengan benda tu sbb ALLAH lebih Berkuasa dan sentiasa ingat pada ALLAH dan JGN tinggal benda yg WAJIB…….Semoga Allah melindungi keluargaku dr ancaman dunia dan akhirat.
Posted in Religion | 1 Comment »